Wednesday, 3 December 2014

AUCKLAND NZ AKU DATANG..Wallah2012



Kalau nak ikutkan dengan karier hubby yang attach dengan MAS, every year kami boleh bercuti sekeluarga tapi rupanya free ticket bukan segala-galanya, ada banyak benda lain nak dipikior kan kalo nak bercuti. Sejak ada baby Marsya atau nama manjanya 'Cepet' memang aku 'puasa' daripada bercuti, asyik nak meleleh aje air hingus kalao terpaksa berjauhan...walau cuma pergi PD (berapa jengkal jepun dari KL) atas urusan kerja..over aku ni kengkadangnya..macam lah ibu mithali sangat.

Tapi pelawaan hubby kali ni cam aku susah nak tolak sebab aku rasa dah ready nak tinggal si Cepet Marsya dan ke-2...waaaaahhh Auckland ke???....mana boleh tak mahu kan...asal negara yang ujungnya bunyi 'land' semuanya cantikkkkk woooooo...da lama dah pasang impian nak nengok live camana orang Maori tu..cam machoooo jer kalau tengok kat TV..aku suke bile dia orang nyanyi mase main ragbi...auwwww...gerammmm you. 


Meh aku kongsikan percutian aku yang amatlah pendeknya sebab ikut hubby kerja..5 hari je..tapi ya Allah..rasanya cam nak meroyan rindukan cepet Marsya. Atas tu foto dia 3 tahun. Mase aku pergi Auckland 



Kami decided bawak Audra aje sebab dia da 6 tahun cukup besar bagi aku untuk travel jauh..aku x ingat berapa jam, rasanya lebih 9 jam..sebab udah lama kan...2014 baru nak upload. Paling jauh aku pergi Istanbul 9jam aje, ni kira ke-2 jauh lah.



Rezeki kami dapat duk bussiness class, sama masa ke Istanbul..syukran. Duk lama-lama dalam flight paling tak tahan budak kecik suka pergi toilet...grrrrrr



Kami sampai di Auckland masanya kat sana jam 1am...ngantuk tahap gaban walau dah tido banyak kat flight. Lapor pun iya..tengok Audra, kat luar sejuk tahap gaban dia x berbaju. Sempat cari restoran muslim orang Pakistan kat area hotel..belasah nasi kambing ni..ya Allah sedapnyaaaa...sampai sekarang teringat-ringat sedapnya...




Almost everyday aku requested kat hubby nak makan nasi ni...sayurnya pudina...sedapppp
Dah kekenyangan malam tu kami bangun untuk solat subuh aje terus tido balik sampai jam 2pm. Dah kenyang tido kami jalan-jalan sekitar town aje...banyak betul kedai souvenir dan paling obvious kat kedai-kedai yang kerja kalau tak orang Maori pasti dari Asia (China, korea, jepun, pakistan, India dll). Susah nak nampak Mat Salleh NZ.






Sekitar port ferry di Auckland



Sukanya dia dapat jenjalan ber 3 an dengan mummy daddy..boleh manja-manja, kalau ada 2 adiknya, jangan harap ko nak oi!



Auckland memang tourism friendly..kat mana-mana boleh dapat brosur, flyers dan lain-lain khusus untuk pelancong. Masa aku datang ni musim World Cup x silap.





Masa ni bulan Okt/Nov..dah nak winter. so kedai-kedai banyak jual winter coat..murah kiranya. sempat lagi aku berfoto depan kedai...sejukkkk. Jam 3pm da macam nak maghrib.


Hari pertama habis camtu je, jalan-jalan di town dan survey pakej sightseeing yang best. Rupanya kat hotel pun banyak pakej..so kami pilih Waitomo Glowworm Caves & Rotorua.

Hari ke-2 barulah buka langkah panjang. Kami pilih Grayline sebab excellent komen-komen di internet...confidentlah kan. Sesiapa nak bercuti jangan kedekut masa untuk google, always google, buat perbandingan untuk jimat duit dan dapat benda yang berbaloi-baloi.


Pepagi buta naik bas...ngantukkkkk



Waitomo Glowworm Caves..gua yang dipenuhi ulat yang berlampu hehehehe..direct translation. Kalau kat Malaysia popular di Kuala Selangor kelip-kelip atau fire fly ..duduknya di paya tapi kat sini ulat-ulat yang bergantungan di syiling gua. kami x boleh buat bising dan x boleh ambik foto. Dalam tu kena naik sampan yang dikayuh perlahan-lahan..x boleh cakap..kena berbisik..syahduuuuu...sebab shantikkkk cahaya yang keluar daripada ulat-ulat tu..korang google lah kalau nak lebih info okeh.


Ni depan pintu gua lepas habis main kayuh sampan..sini je baru boleh ambik foto


Depan toilet tapi toilet pun shantik...cuba kalau kat Malaysia..grrrrr



Dari Waitomo ke ladang biri-biri dekat 1 jam letih juga semata-mata nak tengok biri2 kena buang bulu...sian depa.

Naik kereta ladang




 alolololo...sian dia x ada bulu dah...sejuk tu dia. Sesi bagi makan..kalau idak depa tak mahu datang dekat.

Aku terrrr 'excited'




Makan-makan jangan x makan





Demo buang bulu..yarks...sakit wooo

Muzium



padang latihan anjing mengawal bebiri...berlatar belakang kan bukit bukau.

Ke Waimangu Volcanic Valley dan Tamaki Maori Village lah pulak kita.


 Ni depan rumah Penghulu Maori gitu.













Bubuh telur masak nih..lumpurnya buat scrub..perghh shantik n gebu aku




Yang nampak asap tu haba daripada bawah tanah..kadang2 ada bunyi letupan kecil..ala ala comei gitu..kalau besar dah lama kami masuk wad.









Berangan nak anak kembar..peluklah kuat2 patung ni. Seni orang maori..ala-ala ginilah rupanya.





Yeiiii...akhirnya...dapat tengok jantan Maori yang macho..walaweh!





bestttt n sexy depa menari.


Hari ke-3 kite jenjalan Kely's Tarlston pulak ye..nengok penguin & shark..aum (eh bunyi rimau pulak)


 tomeinye penguin














 Sib baik ada kaca so muke tu cool aje sebelah jerung...cer try tak ada kaca tu..pucat laki aku.



Last day..jenjalan kat Tower, x sampai 20 langkah daripada hotel. ada aktiviti panjat-memanjat tapi aku x kuasa...gayat da tetua ni.




Udah settle..jom balikk