Saturday, 22 November 2014

Aku, Kapal Terbang & MAS


Aku rasa semua org mase keciknya kalo nampak benda terbang yg besar2 cam helikopter ke kapal terbang ke sure excited kan..x terkecuali aku..bahasa budak2 dulu aku sebut 'batak'/ 'kemaruk' ..hiiii. Dulu berangan bile lah nak naik k/terbang sebab dulu x ada tagline 'everyone can fly' gitu. nak jadik cerita masa kat Touch 'N Go, tahun terakhir rasenya sebelum aku join Jab. Penerangan (JAPEN)..ada family day ke dinner gitu, aku menang hadiah ke-3 lucky draw..tahun-tahun sebelumnya, paling mahal aku dapat 'blender' atau 'oven'..yg kerapnya 'pen' atau 'mug'. 
Cam tahu-tahu je tu tahun terakhir aku kat Taouch n GO gaknya...aku dapat 'tiket 2 org MAS ke Langkawi'..wowwwww....bestnye...cam dapat RM1juta perasaannya...hiii. Yg no 1 dapat gi Paris ke-2 gi bandung x silap..x apalah asalkan aku dapat naik k/terbang (kemaruk kan?) 
Aku bawak ibu sebagai teman...bangganyaaaa sebab aku anak pertama bawak ibu naik k/terbang jalan2. Naik je kapal bab nak take off aku sejuk & berpeluh..pegang tangan ibu kuat2...pejam mata..ibu terkekek-kekek gelak..dia cool sbb da 2 kali gi haji...skrip dia "alah kapal kecik pun takut..ibu naik kapal besar relekkk aje"..belagak ibu aku ni. "1st time memang le cenggini"..jawab jangan x jawab. 

Betullah org kata bila dah sekali pasti akan ada 2, 3 dan seterusnya. Rezki aku bila join gomen, Jabatan Penerangan Malaysia, belum pun 3 bulan kerja aku dah dapat pluang naik kapal lagi..my 1st journey gi oversea gitu..walau cuma sejengkal..Brunei aje..still aku bangga..pada diri sendiri, rasa cam x caya sebab mase kecik naik k/terbang antara impian aku..orang lain busy nak jadi doktor lah..lawyer lah..aku??? manusia x ada cita2..hampeh kan? sekali lagi..bila dah sekali gi oversea in shaa Allah ada peluang lain lagi..
Rezkinya aku attached di Caw. Perhubungan Antarabangsa...jadi penyebab  aku dapat pergi lain-lain negara ASEAN..syukran..berkat doa ibu. Naik bussiness class lagi engkau, upgraded..1 level dengan KSU, dato'-dato' ..memang x pernah terpikir lagi..syukur ya Allah. 

1 benda x laratnya duk bussiness class ni...aku ni x boleh 'membuta'..asyik kena kejut  je dek cabin crew...suruh makan..gsuruh minum lah...gggrrr..walau dah bubuh yg tutup mata tu..ntah nape baik & peramah banget cabin crewnya..i love MAS cabin crew so much..terbaik di dunia gitu. 


Alkisah dah 'love' kat MAS cabin crew tu..tu yang Allah ketemukan aku dengan Mr Syurga..sape lagik kalo bukan hubby gua..Ikmal Azhar. Walau bukan pilot...cuma steward aje, cintanya aku kat mamat ni (hiii..sempat selit kisah cinta)..


(eh eh..belek punya belek foto cabin crew kat ggogle..ada rupanya foto Mr Syurga aku..tu duk terbaring kat depan..4 dari kiri..encem tak??)

itulah kisah pendek aku pasai k/terbang..akibat kemaruk sangat dgn kapal...jatuh cinta pun dgn orang yang ada kaitan dgn kapal. Walau selepas trajedi MH370 dan MH17, aku tetap kemaruk dgn k/terbang dan aku akan terus ‪#‎FlyhighwithMAS. TQ Jabatan Penerangan yg dah banyak beri aku peluang naik k/terbang dan kenal lain negara, bangsa dan ugama. Tq Mr Syurga sbb sudi bawak jalan2 dengan tiket free...gi jauh sikit dari ASEAN hiii..

Anak-anak sangat beruntung, kecik-kecik da jalan jauh jenguk negara orang..rezeki korang anak-anak, esok jangan lupa rumput bumi..jadilah resmi padi:)
Alhamdulillah atas nikmatMu ya Allah. bagi org lain mungkin 'alahhh nothing' tapi bagi aku apa saja yg baik atau sebaliknya...semuanya nikmat dariNya:)

"Gadis Si Pematik Kelapa"..suatu waktu di Sabak Bernam

Aku terbaca satu iklan...Mesin Pematik Kelapa..wowww..dah ada mesin ye sekarang ni? Kalau nak buang tempurung kelapa aka asingkan tempurung daripada isi kelapanya. 15-20 tahun dulu mana ada mesin-mesin ni. Semua pakai manual cam 'kapak' kecil aje. Hidup aku memang sinonim sangat hal ehwal patik-mematik juga dengan benda alah 'kapak' ni sebab aku dulu pernah bergelar "Gadis Si Pematik Kelapa"...lama juga tu...daripada umur 5 tahun sampailah 19 tahun...cer kira berapa tahun..14 tahun tuu..lama ya amat.

Aku catatkan kat sini untuk tatapan anak-anak dan cucu-cucu aku nanti...supaya dia orang tahu..bukan senang mummy / nenek dia nak jadi 'orang'. Banyak benda aku kena lalui termasuklah mematik kelapa untuk cari duit saku sekolah dan bantu ibu..si Balu  Jawa yang tabah, kuat dan cekal juga kuat.

Umur 5 -7 tahun kami kena menyeberang Sungai Bernam untuk ke kilang patik kelapa di Bagan Datoh. Ibu kata ada buaya..bila dah besor baru dia bagi tahu, kalau masa kecik aku tahu dulu, taubat guling-guling aku x akan seberang sungai tu...ohhh tidakk.

Bila busy jaga cucu..anak abang Long aktiviti patik kelapa jadi kerja sampingan di hujung minggu je. Tak silap form 4 kami sambung balik dengan aktifnya sampai aku upper six. Tapi kilangnya dekat sikit, aku naik basikal aje. Abis je kelas, sampai rumah, mandi, solat, makan... terus aku kayuh basikal ke kilang tolong ibu. Dek kerana lama buat part time kat kilang ni termasuklah sebab aku paling expert 'mematik' (yang senior-senior semua seram dengan 'kelajuan' patik n kikis kelapa, bini tauke nak jadikan aku menantu dia...perghhh...sib baik Cina buddha, kalau Islam sure aku kata "yes i do" ...nak tahu sebab apa...sebab anak laki dia handsome gilerrrrr...kalah pelakon korea yg bebudak sekarang suka (argghh..tetibe teringat cinta beruk aku ni).

Tapi yang kelakarnya mamat tu jadi jiran kakak aku sekarang...alahai cair aku masa bertentang mata dengan dia mula2 kakak aku pindah dulu..teringat kisah cinta monyet lama..dia pun cam blushing ajer (kihkihkih..peras santan tul aku ni)..anak da 2 mula jumpa balik, da boroi sikit..kalau masih encem mahu aku ngorat balik dan paksa dia 'bersunat' masuk Islam ha ha ha ha.



Oppsss sudah meleret ini cerita..sambung balik (nak ilangkan memori sedih benonya).

Memang x ada istilah rehat atau main dengan kawan-kawan sebaya macam orang lain aku ni..tiba-tiba pulak menaip ni rasa sebak. Sapa-sapa yang terbaca ni sure tanya kenapa aku mematik dan paling lama tolong ibu.

Aku anak paling bungsu daripada 9 adik-beradik...patutnya dimanja dan x buat kerja-kerja yang meletihkan ni (nak tahu letih ke x letih..cer korang try)..Bayangkan dalam sehari kami boleh settle 100kg kelapa yang dah putih bersih.

Ibu aku ibu tunggal, anak-anak baru nak belajar hidup walau ada yg dah mula masuk maktab, jadi guru sandaran bagai...ibu bukan jenis meminta-minta dan faham anak2 perlukan duit..berapa sangat gaji dia orang zaman tu kan. Aku kiranya yang paling ibu harapkan buat teman mematik sebab aku je yang tinggal dengan ibu bila meningkat dewasa, abang kakak dah mula kerja di bandar.

Dengan duit upah mematik, aku boleh beli buku kerja sekolah, boleh bayar yuran rombongan sekolah, boleh beli souvenir untuk ibu bila balik dari lawatan dan macam2 lagi. Tak macam orang lain..tahu mintak aje tapi x faham susah payah nak cari duit.

Sapa sangka ya aku yang 'popular' waktu di sekolah menengah ni ada karier tersendiri yang x semua mampu buat..'Gadis Si Pematik Kelapa'. X caya aku popular??

Kalau takat pertandingan pidato tu memang banyak kali juara sekolah..peringkat negeri pun iya. Aku juga Tokoh Puteri Daerah Sabak Bernam, wakil team debat dan pernah juara negeri dan lagiiii Ketua Pasukan Pantun sekolah dan juga pernah Naib Juara / Juara  Negeri..hihihi...riaknya aku. Ada lagi...aku juga Ketua Pelajar Sekolah...perempuan tu..mana pernah Sekolah Menengah Ungku Aziz ada ketua pelajar perempuan (ye ke..rarelah kan).

Patah balik isu patik kelapa. Eh apa tu 'patik' kelapa?

Pasti ramai yang tak tahu kan...sebab korang orang bandar even orang kampung pun ada yang tak tahu. Sabak Bernam ni terkenal dengan pembekal utama kelapa dan koko.dulu-dulu kalau nak buat minyak ke santan ke...kelapa yang telah dibuang atau kopek sabutnya...perlu  diasingkan daripada tempurungnya baru boleh diproses. Tempurung kelapa ni juga orang Jawa panggil..'batok' (cara sebut kena tebal qalqalahnya)


Batok ni akan dibuat arang...yang korang main bakar-bakar @ barbeque tu inilah benda alahnya.


Untuk buang tempurung@batok kat atas tu..kapak kecil perlu digunakan maka kelapa akan bersih sebijik cantik.



Dah elok buang tempurung@batok, kikis pulak kulit kelapa tu



aku x jumpa imej pisau pengikis tu..ala-ala cam kat bawah nilah. Tapi yang kat bawah ni fruit peeler...seksi no...yang sebenarnya huduh sikit, warna kelabu ada hitam pun ada. Temabaga sepenuhnya..aku pun dah x simpan contohnya. Kalau simpan elok gak kan boleh bagi kat Muzium Negara atau jual kat kedai barang antik mana tahu laku juta-juta.

Jari aku sampai la ni masih ada kesan kematu/kasar sebab terlalu expert jadi 'Pematik Kelapa'


Kulit tu buat apa?..buat apa lagi dijemurlah sampai kering dan diperah minyaknya. Yang isi putih pun sama diproses jadi minyak atau buat santan...air pulak? masa aku jadi Pematik, air buang aje tapi tak berapa lama air tu jadi bahan utama buat nata de cocoa setahu aku..wallahualam. 

Banyak tul kegunaan kelapa kan. Itulah adanya cerita patik kelapa dan aku dengan bangganya mengumumkan pernah jadi Gadis Si Pematik Kelapa.

Moral of the story, terutama adik-adik dan anak-anak..janganlah buang masa, buatlah benda yang halal & berfaedah nak cari duit saku, jangan tahu meminta je, cuba hayati ibu bapa kita yang penat bekerja dan menyara kita. kalau di bandar ni banyak kfc, Mc D, pizza hut, butik ke..kalau ada terluang kerjalah sampingan...daripada kita Cybercafe, merempit dan bercinta monyet.

Waktu sekolah mungkin penat..x semua mampu buat cam aku, cuba weekend atau cuti waktu semester sekolah/Univ. Aku dulu pun korbankan masa 'tuiton' (cemburu tengok kawan2 dapat pergi tuition) tapi alhamdulillah berkat doa ibu walau aku x study sangat sebab busy aktiviti ko-kurikulum dan tolong ibu 'mematik', tetap dapat masuk U dan selesaikan master aku. Aku pun x sangka sebab...

Aku x sempat nak berangan apa lagi menyulam cita-cita seperti kawan-kawan..kerana aku 'keletihan'..
zaman kecilku x seindah kalian..balasannya..kini..Allah berikan aku 'nikmat' yang terucap.

Terima kasih Ibu, terima kasih Allah..tanpa kenangan itu tak mungkin aku faham nilai 'wang' dan 'kehidupan'    


Tuesday, 18 November 2014

NUTELLA Cheese Cake..anak jawa punya resepi

Sapa kata orang Jawa kampungan cam aku tak reti makan cheese cake ..bukan takat pandai makan tau...buat pun boleh gak...heee

Jom try resepi sempoi ni..aku cilok daripada Ana Suzana

CaHaYa CiNta Ku mylovelyfamily-ana.blogspot.com 


tapi aku alter ikut kesenangan nak mencainya kat kabinet dapur aku. 

Tq Puan Ana ye..moga Allah merahmatimu


BAHAN A: 'Base'






1. Hancurkan 2 bungkus biskut oreo (buang krimnya dulu) - pakai le dry blender.
pssst..sebab oreo (favourite aku nih) tak ada aku so aku cilok biskut ala-ala sihat
(si uncle Jacobs)..psssttt...tolong jangan bagi tahu laki aku...






2. Campurkan/gaulkan biskut yg dah hancus tu dengan butter, agak-agak le sampai dia cam basah..senang nak ditekap/terap (check dengan DBP word yang sesuai) nanti.
3. Nak buh nutella sikit (1 sudu ) ok aje
4. Tekapkan - tekan2 lah kat loyang kek jenis kat bawah ni...x tahu namanya apa, senang nak tanggalkan kek
(opsss lupa..sapu sikit butter kat keliling loyang ye)



5. Dah siap tekan buat 'base' kek tu, simpan dalam peti ais 1-2 jam ok ler tu


BAHAN B : Cheese cake nya

(5 sudu besar je...nak separuh botol pun ok tapi mahu bankrap lah kalo buat banyak kek..hiii)


(1/2 tin aje..banyak2 kang kena diabetes)

( 500 gm masukkan semua..jangan kesedekut cheese..rugi..sedap wooo cheese ni)


(Kacang hancuskan kasar-kasar, halus pun x apa)



1. Hancurkan kekacang mix nuts dalam 300 gram (atau 1 cawan) dan asingkan 200 gm + 100 gm (x payahlah nak nyusahkan diri nak timbang bagai, agak-agaklah aje..kalo korang timbang memang 'lurus bendul' hiii), letak tepi mix nuts tu eh.

2. 500 gm cream cheese, tatura memang murah, sedap dan plg penting halal, blend pelan-pelan (suhu bilik, kalo terus keluarkan dari chiller, kerad) dengan campur 1/2 tin susu pekat manis, suke ati korang nak brand apa.

3. Masukkan 5 sudu besar nutella (atau 1 cawan). Aku beli nutella ni beratnya 1kg, murah mase cuti kat Paris Okt 2014 ari tu. so kalau korang x sayang nutella tu buh la banyak2 lagi. aku kedekut so buh 5 sudu aje..aka ka ka ka (nak jimat babe).

4. Dah siap mix,  matikanlah mixer dulu...kang ter'mix' sekali tangan tu pulak...baru boleh masukkan lah mix nuts tadi. Gaul guna sudu je, ala-ala je gaul nya (nak bagi rasa kekacang je)

(tangan Audra tu...tunjuk tangan aku...aurat..alim sikit hari ni)

5. Lepas tu tuang lah atas base yang da disejukkan tu. Baki kacang tadi taburkan lah atas cheese + nutella, sebagai 'topping' gitu.




6. Masuk balik dalam chiller, nak cepat bagi kerasnya masukkan dalam freezer. Aku x penyabor so masuk freezerlah. Perghhh lepas 2 jam...cer makan...mak oiiiii sedapnya menjilat kuku kaki kuuuu, cam makan aiskrim plak




Tarraaaaaa...


Nyum nyum nyum...senangnyaaaa...esok2 wat lagik









Monday, 17 November 2014

Cameron Highlands (CH)..setelah 8 tahun tak ku jejaki!

Ya Allah dah 8 tahun rupanya aku x sampai CH....rasanya last aku baru kahwin 2 bulan. Belum preggy lagipun masa tuh..

Jomm pergi CH anak-anak..da 3 ni hah..kih kih kih...lamanya




Kat Cameron Valley..best minum teh panas2 kat sini.








Muncung sebab x dapat turun ladang teh..hubby kata licin..jangan nak ngada-ngada, duk diam-diam...yolah tu.


Mari kita petik strawberry...10 tahun dulu mana boley buat camni...nak mampus kena marah dek tauke ladang?



Aaron je yg makan strawberry mummy..ni x masuk timbangan, kira halallah ye Mr tauke...pilih yang besau-besau aje ye Aaron. Ko kenyang so jangan makan yang mummy timbang, aku babap karang...tu untuk mummy aje.



Cantiknya kaler...oh i love redddd



Menantu soleh..jalan pun dengan mak mertua...x sesia aku pilih jadi laki...hiii


Tak puaslah petik...jom beli borong kat pasar. Hotel aku berapa langkah je dari pasar...besttt

Kenit aka 'cepet' mummy





Aaron ultraman x wujud kat CH okeh...dia kat Jepun. Orang lain bawak ole-ole buah strawberry dia carik ultraman

























Besarnya kaktus....heramnyerrrr...hubby aku kata lucah sikit foto ni..elehhh otak blue betul...kita 'bersih' tau.



Makan kek strawberry + ice cream strawberry gak...kat Raju Hill...dapppppnyerrr






 Beriye Aaron..penuh emosi






Audra nangis kena marah...dah jom balik