SAMBAL TAHUN KULIT LEMBU: RESEPI PALING EKSOTIK & AWESOME ORANG JAWA
Resepi Sambal Tahun Kulit Lembu ni memang asing kalau dulu-dulu..semua orang cam geli-geli mendengarnya. Bagi orang melayu pure agaknya orang Jawa ni kemaruk..semua nak dimakan kalau kat lembu tu. Yelah dah benda tu halal kan...kasi licin lah kan. Bukan takat kulit, otak, lidah pun sodappppp...terliur plak bulan2 pose ni.
Selalunya stok kulit ni banyak masa Raya AidilAdha. Dulu-dulu orang tanam aje dgn najis lembu lepas bersihkan lembu. Tp orang Jawa kreatif, sidai kat ampaian kukuh...jemur lama-lama sampai kering. Ada gak sebulan nak bagi cantik keringnya. Sekarang ni kulit lembu kalau acar sembelih kat masjid musim Raya semua berebut sebab tahu sedap. Kat pasar pun dah banyak jual kulit yang dah dilembutkan tapi mahal nak pengsan...baik aku buat sendiri.
Now, taraaaaa...aku nak kongsikan dgn korang yg baca blog aku (yang tak aktif langsung ni) sesuai dengan tema nak raya. Boleh makan cicah nasi impit tapi aku makan gitu-gitu aje...wowww meletup rasanya. Bukan takat aku yg suka, hubby aka Mr Syurga yg suka berlakon ala-ala macho pun dah jatuh cinta termasuklah anak2 aku.
Step by step:
1) Mula-mula bakor kulit lembu yang dah dikeringkan. Bakor sampai nampak itam-itam, ni proses nak buang bulu-bulu kering kulit tu..dan akan masakkan sikit kulit.Kasi rata itam-itamnya..ubah-ubah kedudukan bakarnya.
2) Dah itam, sisiklah..buang itam-itam tu dengan pisau. Tak ada foto nya pulak ye..alkmaklum busy menyisik. Dah bersih kasi rebus itu kulit sampai lebut jadi tebal cam foto bawah ni. terpulanglah korang nak lembut camana..asal boleh gigit rasa cam jelly.
***Jangan terlembut sangat nanti x seronok nak kunyah..x rasa kenyal dan kental nya.
3) See...cantikkan tebalnya kat foto atas tu. Tu biasanya dalam 1-2 jam rebus. Lepas tu sejukkan dan potong kecil-kecil. kalau korang terus potong masa panas surelah jari-jari comei tu melecur kan..nak raya ni..jaga sikit kecantikan jari dan kuku..ahaks.
4) Sebab nak masak sambal takkan tak sediakan rempah kan..kalau rasa takat nak makan gitu ajelah boleh aje. Okay bahan-bahan nya bawang besar potong besar, serai titikkan, bawang putih-hentak dgn pisau aje, asam keping, cili api, halia muda dan lengkuas muda. Bahan paling penting umpawa WAJIB adalah LENGKUAS..dihiris-hiris nipis boleh kunyah nanti.
5) ukuran bahan ikut suka korang. Kalau aku cili api kena banyakkk. Tumbuk kasar atau sebiji-biji masuk mulut.orang Jawa akan panaskan banyak kali nanti cili tu pecah sendiri..meletup-letup dalam mulut (dapnyaaa).
6) Oh...santan ye jangan lupa..santan kalau x ada memang bukan sambal namanya tapi SUP hahahah. Yang pekat lah ye..juga ikut suka korang. Untuk seperiuk sederhana aku pakai 2 peket. Bahan-bahan lain ukurannya cam foto kat atas tu.
7) Tumis semua bahan-bahan sampai naik bau..(wangi ko..x caya cepat try resepi ni)...dah naik bau baru masukkan kulit tadi..kacau-kacau sikit. Masukkan lah garam, gula (sikiiiit) aje dan Pak Aji. Sorry lah yang x makan Pak Aji..aku dah biasa. Atau korang try lah Maggi Cukup Rasa ye...untung maggi aku buat iklan free.
***Opss lupa, asam keping masuk nanti jangan tumis ye
8) Last baru masuk santan dan asam keping..ada rasa sikit masam. Balance lah kan rasanya ada pedas, masin, masam, manis sikitttt aje..nak timbulkan rasa lemak dan pedas tak menggigit.
9) Dah mendidih kacau-kacau lagi..kasi kulit tu sebati dengan rasa kuah lemak...ya Allah temptingnyaaaaaaaa. Bila dah masak aku makan dgn nasi panas + petai..aku kan Ratu Petai..ni Mak Mertua datang umah mahu aku suruh balik ni..hahaha..nasib baik x ada mak mertua. Baca bismilllah korang dengan doa makan...aishhh gelojoh.
Selamat Mencuba dan Menjamu Selera 'Sambal Tahun Kulit Lembu : Resepi Paling Eksotik Kami Orang Jawa' dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, Semoga Kehidupan Kita Lebih Dirahmati Allah..ameen. Maaf Zahir Batin Semua.