Friday, 10 June 2016

Tip Haji 2: Doa...Doa....Doa dan Doa - Kenangan Haji 1436H 2015

Assalamualaikum wbt semua.

Hari ni, sempena Jumaat yang lagi barakah, sambungan akan perkongsian ikhlas saya bagi Tip Haji 1: Kenangan Haji 1436H 2015.

Tuan/Puan yang telah terima tawaran telah mula berdoa ke untuk kemudahan ibadah di sana nanti?

Sudah?...alhamdulillah. Kalau yang masih belum, mulalah berdoa hari ini ye... yang asas-asas pun takpe..yang penting ikhlas dan istiqamah, eloknya begini:

MULALAH DOA

1) Solat Taubat - supaya kita bersih dan tenang di sana.

2) Solat Hajat semoga dipermudahkan segala urusan ibadah dan mendapat haji mabrur.

3) Doa mohon kesihatan baik, sabar dengan ujian dan apa sahaja yang diharapkan. 

Jangan lupa....ni selalu ramai orang terlepas pandang doa ni..opo (apa)? 

4) Doa mendapat rakan-rakan sebilik (roomate), terumatamanya yang guna muasasah ni.."dapat rakan sebilik yang baik budi, saling bertolak-ansur dan bekerjasama"

ROOMATE BERGADUH?

Banyak kisah di Mekah terutamanya, pergaduhan, masam muka dan lain-lain, siap tidur kat kaki lima pun ada. Almaklum, bilik tak besar mana, ada 8 orang dan 1 bilik air, berebut mandi, basuh baju, buang air dan macam-macam hal. Kalau ada yang buat hal dan kita tak sabar...adussss. Lantai licin sebab roomate cuci lantai kesan basuh baju punnnnnn jadi hal..macam-macam kan..ni semua ujian.

Alhamdulillah..doa saya dimakbulkan. Roomates semua baik budi  belaka. Ada yang tua dan kelakar, ada yang rajin ibadat tapi loyar buruk juga kekadang lawak ke arah yang 'blue', ada gak yang alim...lembut dan senyummmm sepanjang masa, ada yang rajin cuci toilet, paling best ada yang rajin buat teh dan kopi...wow. Ada yang suka manjakan suami, basuh baju suami pagi petang. Saya???? Hmmmm malas segala segi sebab paling 'bungsu'..ahaks. Hanya Allah saja dapat membalas kebaikan mereka. I love u roomates..heee



Roomates di Madinah..semua giler-giler
Roomates di Mekah..berpisah tiada, walaupun tiada bilik waktu Wukuf di Arafah

Roomates di Mekah..nak balik waktu ini..tinggal saya seorang sebab uzur so tak boleh balik lagi


Gathering pertama di rumah sis Kuna di Subang..dia antara yang rajin buat lawak ala-ala


Saya mula mengikuti kursus haji sejak Mac 2015 dan berakhir sekitar Mei 2016. Acapkali Ustaz menasihatkan "banyakkan doa..banyakk doa..banyakkan doa waktu di Madinah dan Mekah". Janganlah kita terlalu terikat dengan doa berbahasa Arab atau ayat-ayat Al-Quran, ikutlah semampunya, tanya diri sendiri.

1) Doa-doa ini boleh kita peroleh daripada Buku Doa yang Tabung Haji edarkan..simpan dan gantung elok-elok, saya tak dapat tunjuk sebab buku doa saya 'lunyai' kena hujan ribut sewaktu kren jatuh di Kaabah. Boleh juga dapatkan doa daripada individu-individu yang alim dan berpengetahuan..jangan main 'google' aje..rajinkan mulut bertanya dan merapatkan diri dengan individu berilmu, dapat banyak pahala.

Nota : Sayalah salah seorang saksi kejadian kren jatuh yang menyebabkan saya demam 3 hari dan tak ke masjid.

2) Doa-doa ini boleh dibaca dalam Bahasa Melayu sahaja atau Bahasa Arab dengan terjemahan. Apalah guna beriya-iya baca Bahasa Arab tetapi tak tahu maknanya..tentulah kita tidak dapat menghayatinya.

3) Susun keutamaan doa anda. Jangan main 'ikut-ikut' dan kelirukan diri. Sebab dah ramai/banyak sangat sumber rujukan semua doa nak baca tetapi tiada fokus. Namanya 'asal baca' tapi tiada hala tuju dan objektif. Tanya diri apa sebenar-benarnya hajat dan keinginan kita yang kita mahu Allah dengar, kasihani dan makbulkan..tanya betul-betul. Ustaz di Maktab (hotel/asrama penginapan) acapkali juga ingatkan, tulis dan cipta doa-doa yang kita hajatkan..beliau ada share tips begini...yang idealnya:


ANTARA PERKONGSIAN DOA-DOA SAYA DI TEMPAT-TEMPAT/WAKTU MUSTAJAB DAN SEPANJANG SELEPAS SOLAT


3.1) Doa mohon ampun segala dosa..akui pada Allah kita banyak dosa...Mulakan dengan istighfar beberapa kali..paling sikit 3 kali..33 kali pun boleh..semampunya..ingat tu.


astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih, - 3 kali

"Ya Allah Ya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, ampunkanlah segala dosa-dosaku, dosa kecil dan dosa besarku, dosa masa lalu, hari ini dan akan datang, dosa yang aku sedari dan tidak sedari."

"Permudahkanlah penghisaban ku di Hari Pengadilan kelak, permudahkanlah aku meniti titian siratulmustaqim, tempatkanlah aku di syurgaMu yang terindah dan izinkan aku mendapat syafaat Rasullullah s.a.w, peliharalah diriku daripada azab kubur dan api neraka"

"Ampunkan dosa suami ku, kedua ibu-bapaku, anak-anak ku, adik-beradik ku, sanak-saudara ku, keturunan ku, sahabat-sahabat sejati ku juga muslimin-muslimat seluruh alam" 

3.2) Doa tetapkan iman.

"Ya Allah tetap dan tambah imanku, matikan ku dalam iman, hidupkanlah aku semula dalam iman. Jadikanlah aku hambaMu yang solehah, isteri, ibu  dan anak yang solehah, tunjukkanlah aku jalan yang benar dan jauhkan aku daripada gangguan dan godaan syaitan yang direjam"

3.3) Doa mohon rezeki dan kelapangan urusan.

"Ya Allah, kurniakanlah kepadaku rezeki halal melimpah ruah, kebahagiaan melimpah ruah dan kesihatan yang cemerlang. Permudahkanlah segala urusan pekerjaan ku, urusan baikku sehari-harian, kurniakanlah kepada ku kebijaksanaan, akal yang panjang, kecemerlangan, penghormatan dan kasih sayang".

3.4) Doa mengenai suami dan anak.

"Ya Allah, jadikanlah suami hambaMu yang soleh, suami ku yang soleh, ayah dan anak yang soleh, yang dapat membimbing aku ke syurgaMu. Tetap dan tambahkan dalam hatinya setia dan cintanya terhadap ku. Eratkan kasih-sayang kami. Jadikan dia jodohku yang terbaik dunia dan akhirat"

"Ya Allah jadikanlah anak-anak ku anak yang soleh, berjaya di dunia dan di akhirat, membanggakan ibu-bapa, agama, bangsa dan negara, berbudi pekerti tinggi, bijaksana dan terang hatinya supaya cemerlang dalam pelajaran"

3.5) Lain-lain Doa

Ohhhh..yang ni banyak, panjang kalau nak dikongsikan sebab ada khusus untuk adik-beradik dan sahabat handai yang mengirim...ohhhh yaaaa...lupa. Bacalah..sampaikanlah doa yang dikirim orang lain..waima jiran tetangga, rakan-rakan sepejabat atau sesiapa jua..in sha Allah pahala untuk kita yang membacanya.

Janganlah malu nak berdoa apa saja..asalkan yang baik-baik, minta jodoh soleh/solehah, nak kaya, nak selesaikan hutang, nak pangkat besar, nak zuriat..apa saja asalkan tidak melanggar syariat kan.




Taraaaa...atas tulah buku doa yang saya tulis dan kiriman kawan-kawan.

4) Selain doa..berzikirlah..juga suatu doa selain mengaji. Beribu doa di dalamnya. Faham tak faham kandungannya..perlu yakin. Usahakan bawa terjemahan, bacalah terjemahan di waktu lapang atau seusai berdoa. Tak mampu di mulut...di dalam hati. Islam itu mudah dan Allah Maha Mengetahui.

Okay nak undur diri ni..ingat ye..doa...doa...doa..dan berdoa..Allah cintakan hambaNya yang sentiasa memohon dan merayu. In sha Allah makbul terutama bila di baca di waktu mustajab (Subuh & Asar) dan di tempat-tempat mustajab, Raudhah, tawaf, saie, safa & marwah, pancuran emas dan lain-lain (google ye tempat-tempat mustajab..banyak)



Posing depan Masjid Nabawi di bawah payung yang cantik


Dinner depan bilik hotel Madinah, arwah abang suami sis Ina (berbaju hitam) masih sihat waktu ini