Assalamualaikum wbt..semoga ada yang sudi membaca tulisan saya (atau akak..lebih selesa bahasakan diri akak saja sebab dah tua) dapat sedikit ilmu dari catatan pengalaman seorang wanita yang sangat sederhana dalam pelbagai sudut.
Alhamdulillah dengarnya Tabung Haji (TH) akan menghantar jemaah haji penerbangan pertama - KT1 pada 4 Ogos 2016 / 1 Zulkaedah. Seronoknya..akak terimbau balik kenangan 2015 kerana akak adalah sebahagian daripada jemaah KT1. Memang layanan TH pada kami sangat istimewa..apa taknya media buat coverage sana sini...ada rider bagai yang iring kami dari Kelana Jaya ke KLIA..10 buah bas bergerak dalam suasana penuh syahdu..abang polis rider depan, belakang, kanan dan kiri..hanya bunyi2an zikrullah di antara kami..sebak untuk tinggalkan keluarga tercinta dan serahkan diri hanya kepada Maha Pencipta. Sayuppppp..almaklum pagi hening sekitar 4.00 am kami dah mula bergerak menuju KLIA.
Muka akak pucat + senyum..control ayu sebab nak lupakan kesedihan waktu kumpul di Tabung Haji Kelana Jaya
KT1 ni memang muasasah dan selalunya 'pakej' agak lewat sedikit penerbangannya. Apa tu muasasah dan apa itu pakej??.
Mudahnya..ini apa yang akak fahamlah.. sistem Muassasah diuruskan sepenuhnya oleh TH yang mana segala-galanya bermula penginapan, makan minum dan lain-lain diuruskan oleh Muassasah dan kosnya sangat murah dibandingkan pakej yang dimaklumkan seminimum RM25,000.00/pax pada masa itu. Akan datang pasti lebih kayangan harganya. Pada 1436H kos muassasah hanya RM15,000++ dan akak cuma bayar tak sampai RM10,000, selebihnya adalah subsidi. Alhamdulillah.
Kalau dah murah janganlah demanding sangat...faham-fahamlah ye bagaimana bentuk kemudahannya..janganlah nak jangka yang indah-indah belaka dan mewah serta sedap semuanya. Ustaz kerap sebut.."semuanya sederhana".."redha ye..redha dan sabar kalau ada benda2 yang tidak puas hati"..ye..itulah yang akak tanamkan dalam diri.
Bila dah KT1 tu maknanya akak buat Haji Tamattuk, ke Madinah dahulu dalam 9 hari sebelum ke Mekah untuk umrah rukun. Kami ditempatkan di Hotel Movenpick..jarak berjalan tak sampai 5 minit pun ke Masjid Nabawi. 4 orang sebilik dan memang dah namanya pun hotel makanya sangat selesa siap ada pantry untuk masak dan minum. Cuma nak menjemur memang tiada pilihan dalam bilik air yang kecil. Pandai2lah bertolak ansur..janganlah semua baju kita basuh nak conquer bilik air..pandai2lah nak jemur..agak2 lembap baju tu jemur sangkutlah di tepi tingkap..untung2 kering. Akak suka dekatkan dengan lampu ..cepat keringnya tapi jangan ada yang terbakar eh..hati2...kang bukan tawaf Kaabah..tawaf spital..nauzubillah.
MADINAH..Rasa mewah seketika
Bawah Hotel Movenpick ni memang aras kedai untuk shopping..semua hotel begitu di Madinah..'heaven'/syurga kata orang Jawanya..cuma ada duit atau x ada sahaja. Ramai jemaah perabis di sini bukan takat abis RM beli cenderamata untuk keluarga di kampung, sadisnya banyak RM untuk pos barangan yang tak kurang mahalnya...berpada-padalah nak shopping..kita kan nak ibadah.
Hari ke-9 kami bergerak ke Maktab Janadriyah..sedikit di atas bukit. Boleh nampak Masjidil Haram dan jaraknya dalam 800 meter ..belum termasuk jarak masuk masjidil haram dan mencari 'port' untuk solat..800 meter ni kira 'door to door', Janadriyah ke pintu Marwah, gate 25. Kawasan kediaman kami agak berdebu, ala-ala pekan kecil dan memang jauh panggang daripada api dibandingkan dengan hotel-hotel di kawasan Clock Tower / Hilton di gate 70-90. Hotel-hotel di Clock Tower contohnya Hilton adalah untuk mereka yang mengambil pakej..berbaloi bayar puluhan ribu berbanding kami.
MEKAH@Janadriyah...kesederhanaan bermula
Bangunan besar kehijauan sedikit..itulah Janadriyah..yang berpayung ni laluan nak ke Masjidil Haram. waktu ni belum sesak..dah dekat nak Wukuf..berjuta orang dan sangat berdebu.
Balik masjid akak suka bagi makan burung merpati tapi benonya susah nak jumpa depa ni..burung kenyang sebab ramai suka sedekah.
Kalau di Madinah hanya 4 sebilik, di Mekah kami 8 sebilik. Bilik paling besar maknyaa semaksimum 8 orang, kalau bilik tu kecil sikit dalam 5 orang begitu. Ada peti ais, 1 almari kecil, ada sinki untuk basuh pinggan dan masak air juga 1 bilik air.
Bayangkanlah..kalau berempat pun kadang-kadang jenuh nak sidai baju..apa lagi berlapan..rasa nak gelak tapi alhamdulillah berkat rasa kasih-sayang, kami berlapan tidak pernah bergaduh kerana benda remeh temeh..ibadah adalah keutamaan. Adalah juga tergigit lidah tapi sekejap sangat..kena ada yang mengalah. ..almaklum aircond 1..jauh nun di hujung bilik, bilik agak memanjang dan ada yang kurang dapat sejuk, ada yang terlebih sejuk..itu sahaja.
Hahhh nampakkan jubah bergantungan..bukan nak jual tapi almari tak cukup hehehehe. Yang ada aircond atas tu dan ada jubah cantik, tu le katil akak. Macam perlarian tapi kami tetap happy. Rasa muda balik sebab terimbau zaman duk asrama.
Gantung..jangan tak gantung
Opss lupa..kami diberikan televisyen. Boleh nonton TV3 versi Mekah. Nonton Buletin Utama jam 3pm begitu sebab kami kebelakang 5 jam.
Takat sebijik almari ni aje kami kena kongsi 8 orang. Tu sebabnya tak nak gaduh2 kami gantung masing-masing di dinding katil. Jangan lupa beli pelekat dinding ye..akak ada tuliskan di Tip 1 Haji.
Oleh kerana lelaki dan perempuan berasingan bilik..nak lepaskan rindu, makanlah di depan bilik di lorong jalan kaki, bilik sebelah menyebelah je kebanyakannya..senang nak berkomunikasi suami-isteri..romantikkan. Akak yang start ni masa di Madinah..ramai pulak yang mengikut.
Yang ni masa kat Madinah..kat hotel so berkarpet..yang kat Mekah..tiles biasa..ngap KFC..dapnya
Tikar ni diberi oleh TH, boleh buat lapik makan sambil dating depan bilik dan baring waktu wukuf Arafah juga diMudzalifah dan di Mina. Ni jelah luas kawasan kita bila di sana.
Beginilah cara pembungkusan makan malam atau makan tengahari muassasah. Ni kawannya air mineral dan sebiji buah. Minum pagi sahaja tidak disediakan. So jangan harap ada 'buffet' makanan berhidang yang mewah-mewah macam ikuti 'pakej'. Makanlah..inikan rezeki Allah. Sedap atau tidak..redhalah..bersyukur atas nikmatNya...again kita muassasah..kena 'sedar diri' kita diberikan subsidi..sentiasa rasa rendah diri.
Wowwww..nasi beriyani..menarik kan. Dapat makan ni akak dah suka..semua akak belasah asalkan halal. Almaklum balik masjid panas..lapar..so janganlah nak komplen yang bagai-bagai ye...kang Allah putuskan nikmat makan baru tahu..
Ni favourite kami suami isteri, setiap minggu 2 atau 3 kali makan...tak ingat apa nama food ni tapi ada ayam dan kentang goreng dan limau sebiji..sedap sungguh ayam dia. Almaklum, muassasah kenalah pandai cari food yang menyelerakan di kedai-kedai berdekatan. Jangan pandai komplen saja apa yang TH dan sediakan..bosan ke..tak sedap ke.. tak selera atau menu samaaaa aje..please..ini Tanah Haram..hati-hati dengan setiap tutur kata..bila-bila saja Allah boleh tunjuk sesuatu.
BANYAK KEMUDAHAN..Walaupun cuma Muassasah
Kebetulannya akak tinggal di HQ Tabung Haji di Mekah, makanya kemudahan klinik, kafe, pusat fisioterapi, dobi, kedai runcit, Bank TH, pusat media...ada semuanya. Maktab Janadriyah ni jadi tumpuan..seronok kami. Rezeki akak ni dapat KT1 dan muassasah.
Jemaah yang mengambil pakej walaupun duduk di hotel mahal dan dekat dengan masjid, mereka tidak mempunyai kemudahan klinik, bank dan lain-lain, tetapi penginapan selesa dan makanan sangat mewah.
Tiba waktu wukuf, jemaah muassasah akan bergerak lebih awal. Waktu akak 1436H, kami bergerak sehari awal, selepas zohor terus berniat Haji dan bas bergerak. Tiba di Arafah dalam jam 4pm kalau tak silap. Dekat sahaja sebenarnya tapi urusan bas..pergerakan beramai2 tu yang jadi lama. Sepanjang perjalanan hanya ada bacaan :
"Labbaik Allah humma labbaik
Labbaik la sharika laka labbaikInnal hamda
Wan-ni'mata
Laka walmulk
Laa sharika lak"
Pandangan khemah dari bas masa kami baru sampai..cenonet-cenonet dan rendah-rendah.
Khemah secara terbuka dan syilingnya rendah..kalau hujan memang kami kena bungkus semua barang pakai plastik. Di situlah kami baring di situlah kami letak beg..jangan ambil kawasan orang ye..ikut ukuran tikar hijau hadiah TH, beg jadikan bantal.
Roomates 8 orang di Mekah dan Arafah..berpisah tiada. Muka senyum lagi sebab 'bahang' belum terasa sangat hehehee..nikmat..nikmat
Apa beratur panjang-panjang ni????
Ohhh air panas ye..ala-ala paip kat rumah..lupa nak ambil foto paip tu. Salah faham ni mahu ada yang melecur sebab ingatkan paip air biasa ikikiki. Kami diberi maggi tu sebab boleh celur dengan air panas
Haaaah..walaupun tak ada buffet macam Haji 'pakej' tetap ada kopi, teh & mee segera..Indomie..dapnyaaa.
Makanan di masak oleh orang Arab..nasi ayam..walaupun rasanya tidak sesedap di Malaysia..tetap alhamdulillah...kuat bau 'kayu bakar' sebab sebahagian dimasak menggunakan kayu api.
Depan khemah akak membukit air mineral jadi akak minum banyak-banyak Tapi ramai juga yang mengelat minum mungkin tak larat nak ke bilik air atau sebab dah ada penyakit serta tak tahan cuaca...makanya ramai jemaah pengsan..dehydrated..kurang air. Ais batu pun disediakan tapi tak sampai beberapa saat akan habis..untuk minum dan letak kat ubun-ubun sebab cuaca 45-40 Celcius..hanya zikrullah menahan ujian.
BERMALAM DI MUDZALIFAH
Selesai wukuf, selepas solat Jamak Maghrib dan Isyak, sekali lagi kami menghadapi ujian menunggu bas, perlu banyak tenaga mengusung beg yang agak berat dan berjalan. Oleh kerana ramai jemaah kami hanya sampai di Mudzalifah dalam jam 12++ malam. Turun bas usung lagi beg dan duduklah beramai-ramai di kawasan terbuka seperti foto di bawah, rehat sekejap dan mengutip batu untuk melontar nanti di Mina. Cuaca masih membahang walaupun malam dan tiada khemah menutup angin..tetap alhamdulillah.
Kak Pah tersayang dengan cinta hatinya yang mesra dipanggil 'Wak'
Subhanallah..pandai-pandailah cari ruang nak duduk dan bentang tikar hijau TH hadiahkan.
Ramai dah tiada suara..senyap..zikir di hati akibat tenaga yang semakin hilang.
Mr. Syurga akak..baru baik demam. Kesian dia..alhamdullilah semangatnya kuat
MELONTAR DI MINA
Subuhnya tibalah giliran kami menaiki bas dan menuju ke Mina. Sempat dapat kutip batu..lega...walaupun dalam suasana yang sangat 'nikmat'.
Asing-asingkan batu, ikut tarikh.
Sampai juga kami ke Mina. Dikatakan lokasi khemah kami ke Jamrah 3.5 km x 2 makanya 7km kami berjalan untuk sekali melontar..ini untuk Muassasah namun dengarnya kalau Haji Pakej lebih dekat mengikut kepada kadar bayaran masing-masing..maksudnya kalau bayar paling mahal tu siap duk hotel di Mina, dibawa naik kenderaan dan jalan dekat sangat..wallahuaklam.
Suasana dalam khemah wanita, alhamdulillah ada aircond walaupun tidaklah kuat sangat..syukur. Besar dan lapang serta leganya..syilingnya tinggi jadi pengudaraan pun lebih elok berbanding di Arafah.
TANDAS...Adusss lamanya nak tunggu giliran
Tiada dalam foto ni..tandas di Mina. Untuk dapatkan giliran akak kena beratur sekurang-kurangnya 30 minit dan pernah menjangkau 1 jam..ada kawan lain sehingga 2 jam. Berbeza dengan tandas di Arafah, pengalaman akak lebih laju gilirannya dan banyak pilihan..cuma nak cari dekat atau jauh sahaja.
Akak expert sikit bab-bab ni sebabnya akak suka pergi awal pagi dan guna tandas lelaki..alamak pecah rahsia hihihihi.
Kawan akak yang ikuti Pakej Haji kata bab tandas tak ada keistimewaan kalau setakat bayar RM20 ribu sebab beratur panjang juga..so dia masuk tandas lewatttt malam atau awalll pagi dalam jam 1 atau 2 pagi...sama le ye..tak ada beza muassasah atau pakej.
Suasana khemah dari luar. Jangan fikir sangat kebersihannya di luar. Cuma jangan kita menambah..buang sampah merata-rata. Istighfar atau alihkan/buangkan kalau nampak sampah sarap.
Ramai lepak di luar. Ini kawasan bukan ASEAN, akak jenjalan malam-malam hehehehe
Solat itu wajib..tiada alasan..tepi jalan pun ok..ini pemandangan biasa..seronok.
Pemandangan dari atas..tak pasti ini Zon negara apa..Eropah kot
Ruang masak di Mina..lebih proper dan moden..di banding Arafah yang cuma bangsal dan guna kayu api.
Jalan-jalan di Mina... aikk jumpa Baskin Robbin..wallahhhh
Hadiah jelly dari Muassasah
Dapat cawan untuk buat kopi/teh..sudu teh pun ada..mana entah fotonya hiii
Akak dalam terowong menuju Jamrah
Jemaah Indonesia kuat berfesyen..seragam boria.
Selesai melontar, makanya tinggal tawaf haji sahaja dan sempurnalah ibadah haji kami..akak lewat sikit sebab uzur dan flight tunda ke 6 hari..rezeki akak le. Kawan-kawan selesai tawaf terus hantar beg untuk dikumpul dan dihantar kepada TH sehari awal..maknanya nanti naik bas dah berlenggang, bawak beg kecil aje. Balik timeeee
Sampai sini aje..nanti akak update lagi..sambung kat post lain ye..assalamualaikum