Jumaat yang mulia membawa 1 berita gembira buat saya..sahabat fb yang baik dan gila-gila dengan sy telah menerima tawaran Haji..rayuannya mengikuti suami berjaya..alhamdulillah. Sy gembira untuk beliau dan rasa sayu..menitis air mata...gagal menahan rindu Haji 1436H. Macam baru semalam pulang dari sana. Kepada sahabat2 fb yang turut menerima berita gembira ini, tahniah dan sy doakan kalian sihat dan dapat menyempurnakan ibadah. Sy percaya kalian telah ikuti kursus haji dan banyak bahan-bahan ilmu untuk dibaca dan dirujuk. Kalau ada yang ingin meminjam CD Haji juga buku ilmu tambahan, 1 coretan perjalanan haji yang abang Ngah sy hadiahkan, boleh sy pinjamkan...maklumkan sy. Sy tak cukup berilmu untuk kongsikan doa juga tips yang berbentuk ilmiah dan percaya rakan2 telahpun perolehinya waktu berkursus haji...;
Tapi sy rasa bertanggungjawab untuk kongsikan tips barangan keperluan yang perlu dibawa..yang selalunya menjadi hal remeh bagi kalian tetapi rupanya turut penting apabila tiba di Tanah Suci. Sy kongsikan, harapnya ia membantu :
P/s : Sediakan lebih pun tak apa..niatkan boleh sedekah pada dhuyufurrahman/tetamu Allah yang lain
1) Jubah Putih - sunat dan banyak pahala (2 helai - elakkan yang tipis jarang)
2) Jubah biasa (1 atau 2 helai)..nanti di sana akan ada masa shopping Jubah baru
3) Seluar hitam / bewarna(2 helai) sebagai kain dalam (khuatir terselak-selak waktu tawaf atau pergerakan lain)
4) Pakaian dalam si kenit2 (5 helai setiap satu), cepat berpeluh di sana nanti
5) Stokin yang tebal dan tidak nampak warna kulit walaupun ditarik tegang (4/5 pasang)
6) Telekung mini (2 helai)
7) Tudung labuh - boleh juga dibuat solat (3)
8) Sarung tangan (2 pasang)
9) Selipar tawaf (2 pasang kalau nak beli bagi yang sakit tapak kaki - Di Madinah murah cuma 5 riyal di sini mahal sampai RM15)
9.1) Selipar/sandal ala-ala croc untuk ulang alik masjid (2 pasang..jangan niat kalau hilang..niat untuk sedekah 1 lagi pasang kalau ada yang memerlukan okeh)
10) Sikat, berus gigi, ubat gigi, syampu rambut, syampu badan (besar yang tahan dekat 2 bulan)
11) Losyen, lip balm, minyak angin, ubat sakit perut, ubat lenguh-lenguh badan, muscle patch dan ubat sakit tekak..lain-lain ubat boleh dapat kat Klinik Tabung Haji
12) Vitamin C atau multivitamin (the best makan 3 bulan sebelum haji dan teruskan di sana
13) Jadual Period/Haid yang telah dimonitor sejak awal tahun..untuk rujukan Ustazah nanti
14) Mee segera (cup), mee segera biasa...beli banyak pun tak apa sebab kat sana mahal (again boleh sedekah) dan kita kadangkala rasa teringin nak makan mee segera sebab lauk akan berulang-ulang sama setiap minggu.
15) Serunding, sambal bilis, tempe pedas..atau apa saja bagi yang nak menambah selera hidangan..lepaskan rindu makanan di Malaysia juga.
Ini bukanlah sy galakkan makan..makan..dan makan. Kita nak ibadah. Kita perlukan tenaga. Jalan seharai lebih 4km maka tentulah nak rasa selera untuk dapatkan tenaga kan.
16) Kicap ke ..sos ke..beli di sanalah ye..takut pecah dalam luggage nanti.
17) Nescafe segera/teh tarik segera/kopi segera...sana mahalnya masha Allah. ralat juga sy sebab bawak sikit tapi dapat juga sedekah sikit pada roomates.
17.1) Gula / susu tin..kalau boleh susu tin beli di sana walaupun mahal sikit. Tapi takat 3 tin tu boleh bawa dari sini..untuk berjimat sikit
18) Gayung kecil
19) Berus basuh..boleh saja hantar dobi tapi sehelai shawl pun dah 4 riyal...masakkkk
20) Sabun basuh..anggarkan keperluan dekat 2 bulan sebab..juga mahal..5 riyal di sana kotak kecil ukuran A5 (separuh A4)
21) Baldi??? beli aje kat sana..hehehhe..besor benor nak bawak...kang kena kutil dengan pegawai imegresen.
21.1) Hanger besi lembut (10), boleh bawa ke wukuf dan melontar nanti
21.2) Cangkuk besi..untuk cangkuk gayung kecil atau baju di bilik air waktu wukuf / melontar
21.3) Tali plastik tebal untuk buat penyidai di bumbung hotel/maktab..jemur baju juga boleh bawak sikit ke Arafah - wukuf.
21.4) Sepit baju..untuk sepit hanger supaya tak gerak.
22) Mug besi buat air (TH ada sediakan tapi mungkin kekadang hilang atau saiz kecil)
23) Sudu kecil
24) Sanitary Pad ..anggarkan 2 kali period
25) Panty liner ,...anggarkan kegunaan 2 bulan
26) Kapas untuk 'sempal' Ustazah ada ajar kan?,,perempuan mudah keluar discaj jadi nak elakkan batal wudhuk..sempallah ok
27) Spray wudhuk - (2/3 unit)..biar lebih..akan ada kebarangkalian tertinggal di bilik..1 kat bilik 1 kat beg selimpang
28) Towel besar-mandi (2 helai)
29) Towel kecil - lapik bila berwudhuk di masjid..so kita tak basahkan lantai masjid kan..x akan ada yang tergelincir dan kita pun tak berdosa.
30) Sejadah ringan yang boleh bawa ke mana2..kadang2 kita lewat tak sempat dapat tempat di lantai yang berkarpet so ini adalah persediaan. Dekat waktu nak wukuf, karpet digulung.,maka dengan sejadah tak adalah kita sujud di lantai yang sejuk atau kalau terpaksa solat di dataran, tidaklah dahi kepanasan.
31) Plastik/beg khas bawa selipar.
32) Tisu..kang selsema senang nak lap hingus
33) Topeng muka..elakkan habuk tapi hati-hati waktu dalam ihram
32) Sediakan duit yang cukup untuk makan minum lain-lain yang teringin di tekak di sana, barangan emergency, cenderahati, kos poskan cenderahati ke kampung..sekilo 14 riyal. belum lagi kos beli kotak. Saya mengepos 3 kotak besar ke kampung..beratus habis.
33) Baju tidur dan lain-lain yang tidak kurang pentingnya bagi Tuan/Puan.
34) Lupaaa ni..penting..plastik sampah (garbage bag) yang besar dan berkualiti (tak mudah koyak) untuk dibawa ke Arafah..jikalau hujan boleh masukkan beg dalam plastik sampah tu.
p/s Pengalaman saya..ribut pasir dan hujan rintik-rintik..cemas juga masa tu tapi dah siap sedia simpan beg-beg baju dalam plastik sampah besar.
33) Baju tidur dan lain-lain yang tidak kurang pentingnya bagi Tuan/Puan.
34) Lupaaa ni..penting..plastik sampah (garbage bag) yang besar dan berkualiti (tak mudah koyak) untuk dibawa ke Arafah..jikalau hujan boleh masukkan beg dalam plastik sampah tu.
p/s Pengalaman saya..ribut pasir dan hujan rintik-rintik..cemas juga masa tu tapi dah siap sedia simpan beg-beg baju dalam plastik sampah besar.
Ni sahaja dulu, kalau ada tambahan sy update lagi ok..once again, tahniah dan syukur alhamdulillah bagi yang akan menjadi TetamuNya.
Teruskan solat taubat dan Hajat agar kita bersih menemuiNya dan dipermudahkan ibadah kita..ameen ya Rabb.
salam sayang..jumpa lagi
No comments:
Post a Comment