Saturday 22 November 2014

"Gadis Si Pematik Kelapa"..suatu waktu di Sabak Bernam

Aku terbaca satu iklan...Mesin Pematik Kelapa..wowww..dah ada mesin ye sekarang ni? Kalau nak buang tempurung kelapa aka asingkan tempurung daripada isi kelapanya. 15-20 tahun dulu mana ada mesin-mesin ni. Semua pakai manual cam 'kapak' kecil aje. Hidup aku memang sinonim sangat hal ehwal patik-mematik juga dengan benda alah 'kapak' ni sebab aku dulu pernah bergelar "Gadis Si Pematik Kelapa"...lama juga tu...daripada umur 5 tahun sampailah 19 tahun...cer kira berapa tahun..14 tahun tuu..lama ya amat.

Aku catatkan kat sini untuk tatapan anak-anak dan cucu-cucu aku nanti...supaya dia orang tahu..bukan senang mummy / nenek dia nak jadi 'orang'. Banyak benda aku kena lalui termasuklah mematik kelapa untuk cari duit saku sekolah dan bantu ibu..si Balu  Jawa yang tabah, kuat dan cekal juga kuat.

Umur 5 -7 tahun kami kena menyeberang Sungai Bernam untuk ke kilang patik kelapa di Bagan Datoh. Ibu kata ada buaya..bila dah besor baru dia bagi tahu, kalau masa kecik aku tahu dulu, taubat guling-guling aku x akan seberang sungai tu...ohhh tidakk.

Bila busy jaga cucu..anak abang Long aktiviti patik kelapa jadi kerja sampingan di hujung minggu je. Tak silap form 4 kami sambung balik dengan aktifnya sampai aku upper six. Tapi kilangnya dekat sikit, aku naik basikal aje. Abis je kelas, sampai rumah, mandi, solat, makan... terus aku kayuh basikal ke kilang tolong ibu. Dek kerana lama buat part time kat kilang ni termasuklah sebab aku paling expert 'mematik' (yang senior-senior semua seram dengan 'kelajuan' patik n kikis kelapa, bini tauke nak jadikan aku menantu dia...perghhh...sib baik Cina buddha, kalau Islam sure aku kata "yes i do" ...nak tahu sebab apa...sebab anak laki dia handsome gilerrrrr...kalah pelakon korea yg bebudak sekarang suka (argghh..tetibe teringat cinta beruk aku ni).

Tapi yang kelakarnya mamat tu jadi jiran kakak aku sekarang...alahai cair aku masa bertentang mata dengan dia mula2 kakak aku pindah dulu..teringat kisah cinta monyet lama..dia pun cam blushing ajer (kihkihkih..peras santan tul aku ni)..anak da 2 mula jumpa balik, da boroi sikit..kalau masih encem mahu aku ngorat balik dan paksa dia 'bersunat' masuk Islam ha ha ha ha.



Oppsss sudah meleret ini cerita..sambung balik (nak ilangkan memori sedih benonya).

Memang x ada istilah rehat atau main dengan kawan-kawan sebaya macam orang lain aku ni..tiba-tiba pulak menaip ni rasa sebak. Sapa-sapa yang terbaca ni sure tanya kenapa aku mematik dan paling lama tolong ibu.

Aku anak paling bungsu daripada 9 adik-beradik...patutnya dimanja dan x buat kerja-kerja yang meletihkan ni (nak tahu letih ke x letih..cer korang try)..Bayangkan dalam sehari kami boleh settle 100kg kelapa yang dah putih bersih.

Ibu aku ibu tunggal, anak-anak baru nak belajar hidup walau ada yg dah mula masuk maktab, jadi guru sandaran bagai...ibu bukan jenis meminta-minta dan faham anak2 perlukan duit..berapa sangat gaji dia orang zaman tu kan. Aku kiranya yang paling ibu harapkan buat teman mematik sebab aku je yang tinggal dengan ibu bila meningkat dewasa, abang kakak dah mula kerja di bandar.

Dengan duit upah mematik, aku boleh beli buku kerja sekolah, boleh bayar yuran rombongan sekolah, boleh beli souvenir untuk ibu bila balik dari lawatan dan macam2 lagi. Tak macam orang lain..tahu mintak aje tapi x faham susah payah nak cari duit.

Sapa sangka ya aku yang 'popular' waktu di sekolah menengah ni ada karier tersendiri yang x semua mampu buat..'Gadis Si Pematik Kelapa'. X caya aku popular??

Kalau takat pertandingan pidato tu memang banyak kali juara sekolah..peringkat negeri pun iya. Aku juga Tokoh Puteri Daerah Sabak Bernam, wakil team debat dan pernah juara negeri dan lagiiii Ketua Pasukan Pantun sekolah dan juga pernah Naib Juara / Juara  Negeri..hihihi...riaknya aku. Ada lagi...aku juga Ketua Pelajar Sekolah...perempuan tu..mana pernah Sekolah Menengah Ungku Aziz ada ketua pelajar perempuan (ye ke..rarelah kan).

Patah balik isu patik kelapa. Eh apa tu 'patik' kelapa?

Pasti ramai yang tak tahu kan...sebab korang orang bandar even orang kampung pun ada yang tak tahu. Sabak Bernam ni terkenal dengan pembekal utama kelapa dan koko.dulu-dulu kalau nak buat minyak ke santan ke...kelapa yang telah dibuang atau kopek sabutnya...perlu  diasingkan daripada tempurungnya baru boleh diproses. Tempurung kelapa ni juga orang Jawa panggil..'batok' (cara sebut kena tebal qalqalahnya)


Batok ni akan dibuat arang...yang korang main bakar-bakar @ barbeque tu inilah benda alahnya.


Untuk buang tempurung@batok kat atas tu..kapak kecil perlu digunakan maka kelapa akan bersih sebijik cantik.



Dah elok buang tempurung@batok, kikis pulak kulit kelapa tu



aku x jumpa imej pisau pengikis tu..ala-ala cam kat bawah nilah. Tapi yang kat bawah ni fruit peeler...seksi no...yang sebenarnya huduh sikit, warna kelabu ada hitam pun ada. Temabaga sepenuhnya..aku pun dah x simpan contohnya. Kalau simpan elok gak kan boleh bagi kat Muzium Negara atau jual kat kedai barang antik mana tahu laku juta-juta.

Jari aku sampai la ni masih ada kesan kematu/kasar sebab terlalu expert jadi 'Pematik Kelapa'


Kulit tu buat apa?..buat apa lagi dijemurlah sampai kering dan diperah minyaknya. Yang isi putih pun sama diproses jadi minyak atau buat santan...air pulak? masa aku jadi Pematik, air buang aje tapi tak berapa lama air tu jadi bahan utama buat nata de cocoa setahu aku..wallahualam. 

Banyak tul kegunaan kelapa kan. Itulah adanya cerita patik kelapa dan aku dengan bangganya mengumumkan pernah jadi Gadis Si Pematik Kelapa.

Moral of the story, terutama adik-adik dan anak-anak..janganlah buang masa, buatlah benda yang halal & berfaedah nak cari duit saku, jangan tahu meminta je, cuba hayati ibu bapa kita yang penat bekerja dan menyara kita. kalau di bandar ni banyak kfc, Mc D, pizza hut, butik ke..kalau ada terluang kerjalah sampingan...daripada kita Cybercafe, merempit dan bercinta monyet.

Waktu sekolah mungkin penat..x semua mampu buat cam aku, cuba weekend atau cuti waktu semester sekolah/Univ. Aku dulu pun korbankan masa 'tuiton' (cemburu tengok kawan2 dapat pergi tuition) tapi alhamdulillah berkat doa ibu walau aku x study sangat sebab busy aktiviti ko-kurikulum dan tolong ibu 'mematik', tetap dapat masuk U dan selesaikan master aku. Aku pun x sangka sebab...

Aku x sempat nak berangan apa lagi menyulam cita-cita seperti kawan-kawan..kerana aku 'keletihan'..
zaman kecilku x seindah kalian..balasannya..kini..Allah berikan aku 'nikmat' yang terucap.

Terima kasih Ibu, terima kasih Allah..tanpa kenangan itu tak mungkin aku faham nilai 'wang' dan 'kehidupan'    


5 comments:

  1. Sedih woo kisah ko..sama la ngan aku tapi bezanya kat kg aku org salai kelapa tu dan dicungkil isinya..betul nor hanya yg.melalui pengalaman ini je yg paham dan tahu erti kesusahahn hidup dan nilai wang ringgit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yela kite sama2 susah...syukur dah jadik orang kan:)

      Delete
    2. sama la..saya pnah ikut buat dari kumpulkan kelapa, pastu kopek sabutnya, pastu belah, angkat naik atas salai..pastu abah salai n keringkan, pastu ramai2 ngan orang kampung cungkil kelapa...sambil cungkil sambil makan tombong kelapa salai..haha masa tu hidup susah tapi perasaannya sentiasa gembira..mungkin sebab ramai kawan senasib..heheheh

      Delete
  2. Kak Nor,lokasi tempat matik tu kat Kampung Kota lah bukan bagan datoh..jauh sgt kalau nak ke bagan datoh balik hari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke Aniq kg Kota? sebab seberang sungai aje..naik sampan..dekat kiranya.
      Aku tanya ibu nanti..hahahahah

      Delete