Jom try resepi sempoi ni..aku cilok daripada Ana Suzana
CaHaYa CiNta Ku mylovelyfamily-ana.blogspot.com
tapi aku alter ikut kesenangan nak mencainya kat kabinet dapur aku.
Tq Puan Ana ye..moga Allah merahmatimu
BAHAN A: 'Base'
1. Hancurkan 2 bungkus biskut oreo (buang krimnya dulu) - pakai le dry blender.
pssst..sebab oreo (favourite aku nih) tak ada aku so aku cilok biskut ala-ala sihat
(si uncle Jacobs)..psssttt...tolong jangan bagi tahu laki aku...
2. Campurkan/gaulkan biskut yg dah hancus tu dengan butter, agak-agak le sampai dia cam basah..senang nak ditekap/terap (check dengan DBP word yang sesuai) nanti.
3. Nak buh nutella sikit (1 sudu ) ok aje
4. Tekapkan - tekan2 lah kat loyang kek jenis kat bawah ni...x tahu namanya apa, senang nak tanggalkan kek
(opsss lupa..sapu sikit butter kat keliling loyang ye)
5. Dah siap tekan buat 'base' kek tu, simpan dalam peti ais 1-2 jam ok ler tu
BAHAN B : Cheese cake nya
(5 sudu besar je...nak separuh botol pun ok tapi mahu bankrap lah kalo buat banyak kek..hiii)
(1/2 tin aje..banyak2 kang kena diabetes)
(Kacang hancuskan kasar-kasar, halus pun x apa)
1. Hancurkan kekacang mix nuts dalam 300 gram (atau 1 cawan) dan asingkan 200 gm + 100 gm (x payahlah nak nyusahkan diri nak timbang bagai, agak-agaklah aje..kalo korang timbang memang 'lurus bendul' hiii), letak tepi mix nuts tu eh.
2. 500 gm cream cheese, tatura memang murah, sedap dan plg penting halal, blend pelan-pelan (suhu bilik, kalo terus keluarkan dari chiller, kerad) dengan campur 1/2 tin susu pekat manis, suke ati korang nak brand apa.
3. Masukkan 5 sudu besar nutella (atau 1 cawan). Aku beli nutella ni beratnya 1kg, murah mase cuti kat Paris Okt 2014 ari tu. so kalau korang x sayang nutella tu buh la banyak2 lagi. aku kedekut so buh 5 sudu aje..aka ka ka ka (nak jimat babe).
4. Dah siap mix, matikanlah mixer dulu...kang ter'mix' sekali tangan tu pulak...baru boleh masukkan lah mix nuts tadi. Gaul guna sudu je, ala-ala je gaul nya (nak bagi rasa kekacang je)
(tangan Audra tu...tunjuk tangan aku...aurat..alim sikit hari ni)
5. Lepas tu tuang lah atas base yang da disejukkan tu. Baki kacang tadi taburkan lah atas cheese + nutella, sebagai 'topping' gitu.
6. Masuk balik dalam chiller, nak cepat bagi kerasnya masukkan dalam freezer. Aku x penyabor so masuk freezerlah. Perghhh lepas 2 jam...cer makan...mak oiiiii sedapnya menjilat kuku kaki kuuuu, cam makan aiskrim plak
Tarraaaaaa...
Nyum nyum nyum...senangnyaaaa...esok2 wat lagik
No comments:
Post a Comment